"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"(Al-Hujurat:10)
Header image

jazakallahu khairan katsira

Posted by gathering kita Friday, December 30, 2011 Labels: , 0 comments


Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah, yang memberi izin untuk kita berkumpul dalam Retraite De Winter Canada 2011.

Alhamdulillah.. Telah selesai 3 hari kita ber"retraite" di Mansfield yg pastinya telah meninggalkan 1001 kenangan manis bersama. 

Masih ingat lagi kesedapan makanan yg disediakan? kenangan jungle tracking sambil mentadabbur alam? pengisian yang sangat osem dari Ustaz Izzudin? 

Tapi, apa yang penting bukanlah sedapnya makanan yang kita makan, game apa yang kita main, atau video apa yang kita tonton semasa program. 

Tetapi jalinan persahabatan yang terbina dengan rakan-rakan seluruh kanada, dan perasaan serta pengajaran yang di bawa pulang untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dan yang kita boleh praktikkan untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya.

" Orang yang berhijrah ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini.  "

Jazakumullahukhairan kepada semua yang hadir dan menjayakan gathering ini.  The gathering wouldn’t succeed without you :)

Selamat menghadapi Winter Term yang akan datang dengan lebih bersemangat.
Moga berjumpa lagi di program seterusnya inshaAllah. :) 

Nah sedikit hadiah



Panggilan Terakhir

Posted by gathering kita Friday, December 16, 2011 0 comments

Assalamualaikum,
Apa Khabar semua?

Tahniah bagi yang telah mendaftar~

Dengan ini diumumkan, hari terakhir pendaftaran adalah pada

20 DISEMBER 2011

anda belum? Sila ke sini 

p.s Bagi yang telah mendaftar, nantikan email daripada kami weekend ini.