"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"(Al-Hujurat:10)
Header image

jazakallahu khairan katsira

Posted by gathering kita Friday, December 30, 2011 Labels: , 0 comments


Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah, yang memberi izin untuk kita berkumpul dalam Retraite De Winter Canada 2011.

Alhamdulillah.. Telah selesai 3 hari kita ber"retraite" di Mansfield yg pastinya telah meninggalkan 1001 kenangan manis bersama. 

Masih ingat lagi kesedapan makanan yg disediakan? kenangan jungle tracking sambil mentadabbur alam? pengisian yang sangat osem dari Ustaz Izzudin? 

Tapi, apa yang penting bukanlah sedapnya makanan yang kita makan, game apa yang kita main, atau video apa yang kita tonton semasa program. 

Tetapi jalinan persahabatan yang terbina dengan rakan-rakan seluruh kanada, dan perasaan serta pengajaran yang di bawa pulang untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dan yang kita boleh praktikkan untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya.

" Orang yang berhijrah ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini.  "

Jazakumullahukhairan kepada semua yang hadir dan menjayakan gathering ini.  The gathering wouldn’t succeed without you :)

Selamat menghadapi Winter Term yang akan datang dengan lebih bersemangat.
Moga berjumpa lagi di program seterusnya inshaAllah. :) 

Nah sedikit hadiah



Panggilan Terakhir

Posted by gathering kita Friday, December 16, 2011 0 comments

Assalamualaikum,
Apa Khabar semua?

Tahniah bagi yang telah mendaftar~

Dengan ini diumumkan, hari terakhir pendaftaran adalah pada

20 DISEMBER 2011

anda belum? Sila ke sini 

p.s Bagi yang telah mendaftar, nantikan email daripada kami weekend ini.

Jom ke RWC 2011

Posted by gathering kita Friday, November 18, 2011 Labels: , 1 comments

Bismillah,

Cuti musim sejuk dah dekat...
Dah rancang apa yang nak dibuat?
~*~
Jom ber-musim sejuk ini dengan kehangatan ukhuwah




Yuran: CAD 50 (early-bird : sehingga 30 November 2011)
           *yuran termasuk penginapan, makanan, bahan program, pengangkutan (Toronto-Mansfield)    

Daftar Sekarang! Tempat terhad.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di sini atau di shoutbox. 
Ingin menyumbang? Klik sini

semoga berjaya [exam mode]

Posted by gathering kita Sunday, April 10, 2011 Labels: 0 comments

Selamat menghadapi peperiksaan.
Semoga berjaya dunia akhirat.
Usaha+doa+tawakal

Sentiasa berdoa kepadaNya sebelum-semasa-selepas exam.
Agar study kita menjadi ibadah.
Agar hidup kita menjadi ibadah.

"Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah 
petunjuk yang lurus untuk kami dalam urusan kami." [al-Kahfi 18:10]

Hingga bertemu kembali!

Posted by gathering kita Tuesday, March 8, 2011 Labels: , 0 comments

info 18/2: Lokasi program

Posted by gathering kita Friday, February 18, 2011 Labels: , 0 comments

Assalamualaikum w.b.t.
Untuk makluman, insyaAllah lokasi program di:

Untuk melihat tentatif: klik sini
Maklumat lagi           : klik sini

Minto Centre 5050, Carleton University, Ottawa, ON.

info 13/2 (2) : Tentatif CoD 2011

Posted by gathering kita Sunday, February 13, 2011 Labels: , 0 comments

Tentatif Program*

Tarikh
Masa
Aktiviti
19 Februari 2011
Pagi
8.30-9.30
Pendaftaran Peserta dan sarapan/duha
9.30-10.00
Sesi Taaruf
10.00-12.30
Slot 1
12.30-1.30
ISOMA
1.30-3.00
Slot 2
3.00-3.30
Solat Asar
3.30-4.45
4.45-5.30
Slot 3
Ukhuwwah games
5.30-7.30
ISOMA
7.30-9.00
Slot 4
9.00
Bersurai
20 Februari 2011
Pagi
8.30-10.30
Sarapan
Slot 5
10.30-11.00
Rehat/duha
11.00-12.00
Slot 6
12.00
Penutup & Solat Zuhur
ISOMA - istirehat, solat, makan
*tertakluk kepada perubahan.

Setiap slot adalah berkaitan dan merupakan kesinambungan slot sebelumnya dan akan membincangkan mengenai ini.::


Harap maklum.


:: konsep program ini seperti Winter Gathering 2010 


Sila ke sini untuk maklumat-maklumat terdahulu.







Info 13/2 : Call of Duty

Posted by gathering kita Labels: , 0 comments

 Assalamualaikum w.b.t

1. Tarikh dan Masa
       Tarikh: Sabtu, 19 Februari 2011 (8.30am - 9.00pm)
                   Ahad, 20 Februari 2011 (8.30am - 12.00pm)

2. Tempat: Carleton University, ON (perincian tempat akan dimaklumkan kemudian)

3. Barang yang perlu dibawa:
        1) al-Quran berserta terjemahan
        2) Peralatan menulis nota
        3) Yuran pendaftaran CAD15

4. Bagi yang bertanya, insyaAllah penyampaian akan dibuat dalam bahasa ibunda tercinta; Bahasa Melayu.

Sebarang pertanyaan/masalah (cth: penginapan, pengangkutan) boleh diaujukan kepada kami di sini.

Nantikan 'update' daripada kami.

Mari ertikan syahadah kita!

Posted by gathering kita Thursday, February 3, 2011 Labels: , 0 comments

Dua kalimah syahadah adalah kalimah yang tidak asing lagi bagi kita sebagai muslim. Setiap hari, saban hari kita selalu mengucapnya paling kurang 9 kali sehari di dalam solat dan mendengar kalimah ini diulang-ulang 5 kali sehari ketika azan. Mulut kita mungkin fasih menyebut kalimah tersebut namun apakah hati kita benar-benar lancar memahami ertinya? Apakah jiwa kita benar-benar memaksudkannya? Sejauh manakah syahadah kita difahami serta diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita?

Insha Allah, dalam program akan datang, 'Call of Duty' akan menyingkap persoalan-persoalan mengenai syahadah seperti berikut.:
Bagaimana syahadah mampu mengubah seseorang individu dari 'zero to hero'?
Bagaimana syahadah mampu membebaskan jiwa seorang hamba sahaya dari terus diperhambakan?
Bagaimana syahadah mampu membentuk hala tuju hidup kita?
Kalimat syahadah merupakan asas utama dan landasan penting bagi rukun Islam. Tanpa syahadah, rukun Islam lainnya akan runtuh. Begitu juga dengan rukun iman. Tegaknya syahadah dalam kehidupan individu akan menegakkan ibadah dan din dalam hidup kita. Tegaknya Islam mesti didahului oleh tegaknya rukun Islam; dan tegaknya rukun Islam mesti didahului oleh tegaknya syahadah.

Jumlah kita umat Islam kini sangat banyak. Sebagian besar antara kita terkategorikan sebagai Islam keturunan atau kebetulan terlahir sebagai muslim dari orang tua. Dilahirkan sebagai muslim tanpa memahami apa erti islam yang sebenarnya, apalah ertinya. Hakikat memahami Islam dimulai dari memahami inti sari ajarannya yaitu dua kalimat syahadah (syahadatain). Kalimat tersebut terdiri dari Laa Ilaaha Illallah dan Muhammadun Rasulullah. Memahami keduanya sangat penting dan mendasar. Andai kita tak memahami hakikat kalimat syahadah, pasti kita mudah terjerumus ke dalam penyakit kebodohan dan kemusyrikan.Maka seharusnyalah kita berusaha untuk mempelajari serta memahami erti syahadah kita yang sebenar.

Jom bersama kami.... Daftar Sekarang!

Daftar Sekarang! : Call of Duty

Posted by gathering kita Wednesday, February 2, 2011 Labels: , 0 comments



Setelah Winter Gathering....bakal menemui anda...
gathering kita februari ini;

Call of Duty
"From Zero to Hero"

Tarikh: 19-20 Februari 2011
Tempat: Carleton University, Ottawa
Yuran: CAD15 sahaja*
*termasuk makanan

Daftar sekarang: klik sini
(tarikh tutup pendaftaran 14 Feb 2011)

Nantikan 'update' dari kami.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di sini 

its over, with endless memories!

Posted by gathering kita Tuesday, February 1, 2011 Labels: , 0 comments

Dengan nama Allah, yang memberi izin untuk kita berkumpul dalam wintergathering KITA yang pertama di bumi maple.

Program yang telah diadakan di Masjid Toronto, Toronto dari 27-28 December 2010 ini dihadiri oleh pelajar kita dari seluruh kanada (yang jauh-jauh pun datang)...Alhamdulillah.

Banyak feedback menarik yang diterima, antaranya makanan yang banyak (rugi yang tak datang! :p) 

Tapi pada akhirnya, apa yang penting bukanlah berapa banyak makanan yang kita makan, game apa yang kita main, atau video apa yang kita tonton semasa program. Tetapi jalinan persahabatan yang terbina dengan rakan-rakan seluruh kanada, dan perasaan dan pengajaran yang di bawa pulang.

Semua ini, takkan berjaya di sampaikan, tanpa hadirin yang hadir. Jazakumullahukhairan kepada semua yang hadir dan menjayakan gathering ini. The gathering wouldn’t succeed without you.

Moga berjumpa lagi di gathering seterusnya, di masa yang terdekat inshaAllah. :)

                           

Jom Winter!

Posted by gathering kita Labels: , 0 comments

tick..tock..tick..tock..
kesejukan winter bakal terasa 
Bagaimana rancangan 'winter break' anda?

Eh, Tunggu kejap!!

Dengar cerita...ada Winter Gathering cuti musim sejuk ni..
Dengar cerita...ni first time ada program camni di Canada...
Katanya nak kumpulkan students kita..berprogram bersama...
Jumpa member2 yang dah lama tak jumpa...
jumpa orang malaysia...tambah ilmu...main games...
Ye la...bukan selalu ada program macam ni kt Canada..

mmmm...macam best..Apa yang ada?

banyak slot2 yang menarik..antaranya, Coz We R YouthSuper Saiya!What's Nextdan The Beginning





*Register before 19th December 2010