Dengan nama Allah, yang memberi izin untuk kita berkumpul dalam Retraite De Winter Canada 2011.
Alhamdulillah.. Telah selesai 3 hari kita ber"retraite" di Mansfield yg pastinya telah meninggalkan 1001 kenangan manis bersama.
Masih ingat lagi kesedapan makanan yg disediakan? kenangan jungle tracking sambil mentadabbur alam? pengisian yang sangat osem dari Ustaz Izzudin?
Tapi, apa yang penting bukanlah sedapnya makanan yang kita makan, game apa yang kita main, atau video apa yang kita tonton semasa program.
Tetapi jalinan persahabatan yang terbina dengan rakan-rakan seluruh kanada, dan perasaan serta pengajaran yang di bawa pulang untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dan yang kita boleh praktikkan untuk menjadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya.
"Orang yang berhijrah ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini. "
Jazakumullahukhairan kepada semua yang hadir dan menjayakan gathering ini. The gathering wouldn’t succeed without you :)
Selamat menghadapi Winter Term yang akan datang dengan lebih bersemangat.
Moga berjumpa lagi di program seterusnya inshaAllah. :)
Dua kalimah syahadah adalah kalimah yang tidak asing lagi bagi kita sebagai muslim. Setiap hari, saban hari kita selalu mengucapnya paling kurang 9 kali sehari di dalam solat dan mendengar kalimah ini diulang-ulang 5 kali sehari ketika azan. Mulut kita mungkin fasih menyebut kalimah tersebut namun apakah hati kita benar-benar lancar memahami ertinya? Apakah jiwa kita benar-benar memaksudkannya? Sejauh manakah syahadah kita difahami serta diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita?
Insha Allah, dalam program akan datang, 'Call of Duty' akan menyingkap persoalan-persoalan mengenai syahadah seperti berikut.:
Bagaimana syahadah mampu mengubah seseorang individu dari 'zero to hero'?
Bagaimana syahadah mampu membebaskan jiwa seorang hamba sahaya dari terus diperhambakan?
Bagaimana syahadah mampu membentuk hala tuju hidup kita?
Kalimat syahadah merupakan asas utama dan landasan penting bagi rukun Islam. Tanpa syahadah, rukun Islam lainnya akan runtuh. Begitu juga dengan rukun iman. Tegaknya syahadah dalam kehidupan individu akan menegakkan ibadah dan din dalam hidup kita. Tegaknya Islam mesti didahului oleh tegaknya rukun Islam; dan tegaknya rukun Islam mesti didahului oleh tegaknya syahadah.
Jumlah kita umat Islam kini sangat banyak. Sebagian besar antara kita terkategorikan sebagai Islam keturunan atau kebetulan terlahir sebagai muslim dari orang tua. Dilahirkan sebagai muslim tanpa memahami apa erti islam yang sebenarnya, apalah ertinya. Hakikat memahami Islam dimulai dari memahami inti sari ajarannya yaitu dua kalimat syahadah (syahadatain). Kalimat tersebut terdiri dari Laa Ilaaha Illallah dan Muhammadun Rasulullah. Memahami keduanya sangat penting dan mendasar. Andai kita tak memahami hakikat kalimat syahadah, pasti kita mudah terjerumus ke dalam penyakit kebodohan dan kemusyrikan.Maka seharusnyalah kita berusaha untuk mempelajari serta memahami erti syahadah kita yang sebenar.
Dengan nama Allah, yang memberi izin untuk kita berkumpul dalam wintergathering KITA yang pertama di bumi maple.
Program yang telah diadakan di Masjid Toronto, Toronto dari 27-28 December 2010 ini dihadiri oleh pelajar kita dari seluruh kanada (yang jauh-jauh pun datang)...Alhamdulillah.
Banyak feedback menarik yang diterima, antaranya makanan yang banyak (rugi yang tak datang! :p) Tapi pada akhirnya, apa yang penting bukanlah berapa banyak makanan yang kita makan, game apa yang kita main, atau video apa yang kita tonton semasa program. Tetapi jalinan persahabatan yang terbina dengan rakan-rakan seluruh kanada, dan perasaan dan pengajaran yang di bawa pulang. Semua ini, takkan berjaya di sampaikan, tanpa hadirin yang hadir. Jazakumullahukhairan kepada semua yang hadir dan menjayakan gathering ini. The gathering wouldn’t succeed without you. Moga berjumpa lagi di gathering seterusnya, di masa yang terdekat inshaAllah. :)
Perumpamaan (infaq yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui." - Al-Baqarah:261